Wednesday 25 June 2014

PANDUAN BELI TANAH !!


Ini adalah panduan untuk membeli tanah. Harap akan memberi manfaat kepada anda semua. Antaranya adalah:
1.Jangan membeli tanah dari orang tengah kepada orang tengah kerana biasanya mereka akan meletakkan dengan harga yang tinggi. Kalau boleh carilah tuan tanah sendiri ataupun perunding tuan tanah yang ingin menjual tanah kerana harganya pasti lebih murah dan boleh dirunding.
2.Periksa kelengkapan geran tanah tersebut adakah ia milik perseorangan atau milik berkumpulan. Jika penama terlalu ramai, maka prosesnya mungkin rumit sedikit.
3.Periksa dengan pejabat tanah masing-masing adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar kita tidak tertipu.
4.Jika menggunakan agen pastikan anda minta nombor telefon tuan tanah dan lebih baik berjumpa dengan tuan tanah.
5.Semak kad pengenalan tuan tanah dan pastikan ianya sama seperti dalam geran.
6.Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis pada geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi rumit. Jadi kalau ada sekatan, tolong tolak awal-awal agar ia tidak menyusahkan anda dan akan melambatkan proses pembinaan rumah.
7.Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak. Untuk lebih elok, anda perlulah melantik pihak guaman dalam setiap urus niaga itu.
TANAH = aset tetap, tiada susut nilai, kenaikan nilai semasa, ia berbentuk fizikal & permintaan tinggi.

No comments: