Monday 30 December 2013

Tanda-Tanda Diganggu Syaitan Dan Jin


Ketika Tidur
1. Dihimpit sesuatu ketika tidur.
2. Bunyi gigi ketika tidur.
3. Mimpi bayi, budak kecil atau menyusu bayi ketika tidur.
4. Mimpi binatang berbisa dan binatang buas seperti ular, kala jengking, anjing, harimau dan lain-lain.
5. Mimpi yang menakutkan.
6. Mimpi paderi, salib dan gereja.
7. Mimpi tanah perkuburan dan orang mati.
8. Mimpi benda yang kotor dan jijik.
9. Mimpi tersentak jatuh dari tempat tinggi.
10. Terdengar suara orang datang menyergah dan memarahi ketika tidur.
11. Mimpi benda tajam seperti jarum, pisau, miang buluh dan mimpi api serta bencana alam.
12. Terasa ada menyentap kaki ketika tidur.
13. Terasa ada benda ‘meniduri’ ketika tidur.
14. Mimpi makhluk yang menyeramkan datang mengacau dan menengking.
15. Mimpi lembaga berdialog perkara yang tidak baik ketika tidur.
16. Mimpi tandas dan buang air.
17. Mimpi perkara menggelikan seperti ulat, lintah dan lain-lain.
Ketika Jaga
1. Sakit tulang belakang tanpa sebab.
2. Sakit kepala luar biasa atau migrain khususnya waktu senja ke atas.
3. Istihadah (haid lebih 15 hari).
4. Terasa ada benda yang sentiasa  mengekori.
5. Takut tidak bersebab.
6. Badan terasa berat dan malas.
7. Sukar mendapat.
8. Suka bercakap berseorangan.
9. Sakit bahagian rusuk kiri dan kanan dan belikat.
10. Sesak nafas, batuk dan sakit badan waktu maghrib.
11. Ragu-ragu tentang iman dan ajaran agama Islam.
12. Ternampak-nampak bayangan atau lembaga.
13. Pengsan atau sawan tanpa sebab dan strok.
14. Orang yang disayangi kini orang paling dibenci.
15. Marah tidak bertempat. Sikap berubah-ubah.
16. Sakit anggota badan tertentu tanpa sebab dan terasa bisa-bisa.
17. Sakit ketika menziarahi orang mati dan jenazah.
18. Sakit tulang empat kerat.
19. Batuk yang berpanjangan dan kadang-kadang berdarah.
20. Kuat berangan.
21. Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
22. Selalu ditindas, dibenci dan dihina.
23. Nafsu seksual yang melampau.
24. Mandul.
25. Terasa diri selalu diperhatikan.
26. Kerap mendengar bisikan yang bukan-bukan.
27. Kerap melihat susuk penampakan jin di mana-mana. Mengganggap anugerah tetapi sebenarnya adalah gangguan.
28. Takut menziarahi jenazah.
29. Terasa sesuatu bergerak di tapak kaki.
30. Gelisah dan panas tengkuk ketika mendengar al Quran dan azan.
31. Rasa seperti hampir mati atau ada keinginan bunuh diri.
32. Nampak bayang-bayang melintas.
33. Terasa ada benda menolak ketika memasuki tandas.
34. Ada bisikan yang menyuruh melakukan maksiat.
35. Sakit bahagian perut tanpa sebab.
36. Ada ketumbuhan ganjil pada badan atau kanser.
37. Bersilat bersendirian atau tiba-tiba bersilat dalam keadaan tertentu.
38. Benci melihat orang soleh seperti imam dan ustaz.
39. Sakit dada dan kaki terutama waktu senja ke atas.
40. Terasa ada terasa benda bergerak di bawah kulit.
41. Bayi kerap menangis terutama pada waktu malam.
42. Terdengar ada benda jatuh di dalam rumah.
43. Suami dan isteri kerap bergaduh walaupun perkara kecil.
44. Sayang yang melampau-lampau terhadap orang yang baru dikenali.
45. Malas beribadah
46. Mempunyai ketagihan dan tabiat buruk berbentuk maksiat yang sukar ditinggalkan.
47. Nyanyuk.
48. Kerap sendawa apabila mendengar al-Quran dan azan.
49. Sikap berubah secara mendadak.
50. Kerap keguguran.
51. Gagal melakukan hubungan kelamin.
52. Mengantuk di dalam majlis ilmu dan ketika mendengar al-Quran.
53. Nafsu seksual songsang sesama sejenis dan berperwatakan jantina yang berbeza.

No comments: