Monday 23 December 2013

PDRM kerjasama polis Thai awasi sempadan


KUALA LUMPUR - Polis Malaysia melipatgandakan usaha untuk memperkukuh kawalan keselamatan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand berikutan kejadian letupan di selatan negara jiran itu semalam.
   
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin berkata, kerjasama rapat juga dilakukan antara polis Malaysia dan Thailand bagi mempertingkat kawalan di sempadan ekoran kejadian itu.
   
Beliau berkata, kerjasama dari segi risikan dan pemeriksaan di sempadan sentiasa dijalankan antara pasuksn polis kedua-dua negara bagi mengekang kejadian sama daripada berulang.
   
"Kita memang ada jalankan kerjasama. Langkah-langkah yang sewajarnya telah diambil oleh kedua-dua pihak bagi membendung kejadian sebegini," katanya kepada Bernama.
   
Semalam lebih 20 warga Thailand cedera dalam tiga kejadian letupan bom di selatan Thailand iaitu berhampiran Balai Polis Sadao yang disusuli letupan kedua berhampiran Balai Polis Padang Besar dalam kawasan Thailand dan letupan ketiga di hadapan Hotel Oliver, Padang Besar juga dalam kawasan Thailand.  - Bernama

No comments: