Saturday 23 April 2011

Kematian Suami: Iddah dan berkabung

Kematian Suami: Iddah dan berkabung

Firman Allah yang bermaksud:
Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (beriddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat pada diri mereka menurut makruf. Allah Mengetahui apa yang kamu berbuat.(Surah al-Baqarah: 234)

Hukum 1
Di sana, ada ayat dari surah al-Baqarah ayat 240 yang bermaksud:
Dan orang-orang yang akan meninggalkan dunia di antaramu, dan meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isterinya, iaitu diberi nafkah sehingga setahun lamanya dengan tidak disuruh pindah dari rumahnya.

Ayat di atas menetapkan bahawa iddah bagi perempuan yang kematian suami ialah setahun penuh.. Manakala ayat al-Quran yang kita sedang bahaskan (al-Baqarah: 234) pula menteapkan bahawa iddah perempuan yang kematian suami selama empat bulan sepuluh hari.

Jumhur ulamak mengatakan bahawa ayat 234 itu menaskhkan (memansukhkan) ayat 240. Ini bermakna, sebelum ini, iddah perempuan berkenaan ialah setahun penuh, kemudian apabila ayat berkenaan dimansukhkan maka ia menjadi empat bulan sepuluh hari.

Memang dari segi urutannya, ayat yang memansukhkan (ayat 234) adalah berada di awal, sedang yang dimansukhkan berada di belakangnya. Sepatutnya, yang memansukhkan hendaklah berada di belakang yang dimansukhkan…. Tetapi, ini hanyalah dari segi urutan ayat.. Dahulu dan kemudiannya berdasarkan urutan ayat, bukan berdasarkan urutan turunnya ayat.. Kalau dari segi urutan turun, ayat 240 lebih dahulu turun barulah diikuti oleh ayat 234 . (Hanya untuk pengetahuan yang berguna).

Hukum 2
Di atas, adalah iddah bagi perempuan biasa yang kematian suami – 4 bulan 10 hari. Bagaimana pula dengan iddah perempuan hamil yang kematian suami? Berapa lamakah iddahnya?

Menurut pendapat jumhur ulamak, iddah perempuan hamil yang kematian suami ialah sehingga dia melahirkan kandungannya. Mereka mengambil dalil ayat al-Quran yang bermaksud:
Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka ialah sampai mereka melahirkan anak.

Mereka mengatakan bahawa ayat di atas bersifat umum, samada untuk perempuan yang ditalak ataupun yang kematian suami.

Jumhur ulamak juga berdalilkan hadis riwayat Bukhari, Muslim, Nasa’I dan Abu Daud yang menjelaskan tentang iddah perempuan hamil yang kematian suami ialah sehingga kandungan dilahirkan.

Manakala menurut riwayat dari Ali dan Ibnu Abbas r.a. bahawa perempuan hamil yang kematian suami iddahnya ialah waktu yang terjauh. Ini bermakna, apabila suaminya meninggal dunia dalam keadaan dia hamil, kemudian dia melahirkan sebelum tamat tempoh 4 bulan sepuluh hari, maka dia perlu menghabiskan tempoh tersebut sebagai batas iddahnya. Sebaliknya jika setelah tamat tempoh 4 bulan 10 hari itu tamat, sedangkan kandungannya belum lahir, maka tempoh iddahnya ialah selepas anak itu dilahirkan.

Mereka menggabungkan antara dua ayat, iaitu ayat tentang iddah perempuan yang kematian suami dengan ayat tentang iddah perempuan yang mengandung. Mereka kata, menggabungkan kedua hukum iddah berkenaan adalah lebih baik daripada mencari tarjih.

Hukum 3

Berkabung: Hukum dan tempohnya

Berkabung adalah wajib bagi perempuan yang kematian suami. Tempohnya ialah selama masa iddah berjalan (4 bulan 10 hari).

Kaum kerabatnya dibenarkan berkabung dalam tempoh 3 hari sahaja, dan haram hukumnya jika melebihi tempoh berkenaan.

Hadis dari Muslim dari Zainab binti Ummu Salamah menyatakan:
Aku masuk ke rumah Ummu Habibah ketika Abu Sufian (ayahnya) telah meninggal dunia, Ummu Habibah minta wangi-wangian yang berwarna kuning disebabkan za’faran dan lainnya, yang menjadi komposisi wangian itu. Ia digosok oleh seorang budak perempuan dengan wangian itu dan dia menggosok kedua pipinya dengannya. Kemudian dia berkata: Demi Allah, aku samasekali tidak memerlukan wangian ini, hanya aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda di atas minbar: Tidak diperbolehkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhir berkabung untuk seorang yang meninggal dunia lebih dari tiga hari, kecuali untuk suaminya, maka lama masa berkabung ialah empat bulan sepuluh hari.

Ibnu Kathir berkata: “Berkabung ialah meninggalkan berhias diri, seperti memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian serta perhiasan dan sebagainya, yang semuanya itu menunjukkan kepada upaya menerima pinangan.

Perkara ini wajib bagi setiap wanita dalam menjalani iddah kerana kematian suami. Dalam masalah ini hanya ada satu pendapat sahaja (tidak diperselisihkan). Berkabung menurut apa yang disebukan di atas tidak diwajibkan ketika menjalani tempoh iddah raj’i. Juga dalam masalah ini ada satu pendapat sahaja. Pada masalah, apakah ia juga berlaku terhdap wanita yang ditalak ba’in. Ada dua pendapat.

Berkabung diwajibkan atas semua wanita yang kematian suami, samada dia masih muda ataupun yang sudah putus haidhnya; juga samada dia merdeka ataupun hamba; samada dia seorang muslim ataupun kafir. Kerana ayat yang berhubungkait dengannya bersifat umum.”

Hukum 4

Mengapakah iddah disyariatkan?

1. Untuk mengetahui kebersihan rahim dari kehamilan, agar keturunan tidak menjadi kacau antara satu dengan yang lain.
2. Sebagai amalan ta’abbudi (ibadah) kerana mematuhi perintah Allah.
3. Sebagai pernyataan rasa sedih dan duka cita atas kematian suami, serta pengakuan seorang isteri terhadap jasa dan kebaikan suami.
4. Untuk mempersiapkan waktu yang baik bagi suami isteri yang ditalak untuk memulihkan kehidupan berumahtangga dengan jalan rujuk. Maksudnya ialah memberi peluang dari segi masa agar mereka dapat rujuk semula.
5. Sebagai peringatan bahawa perkahwinan adalah perkara besar, bukan main-main.

Wallahu a’lam..

Rujukan
Tafsir Ayatil Ahkam – Muhamad Ali al-Shabuni
Sahih Bukhari
Sahih Muslim

============================================================


BERKABUNG

(Bilangan 105 Bahagian Kedua)

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa'ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

HUKUM BERKABUNG

Menurut ijma‘ para ulama, berkabung adalah wajib bagi wanita yang kematian suami. Di samping itu mereka berbeza pendapat tentang hukum ihdad bagi sesetengah perempuan yang bukan kematian suami, seperti kerana sebab ditalak.

Bagi perempuan yang beriddah kerana kematian suami, yangiddahnya ialah selama empat bulan sepuluh hari (kecuali bagi perempuan yang hamil, tempoh bagi iddah mereka ialah sehingga melahirkan) maka jumhur ulama telah bersepakat bahawa hukumihdad atau berkabung di dalam tempoh iddah bagi wanita ini adalah wajib. Ini bersandarkan kepada hadits RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam seperti berikut:

Maksudnya: “Tidak halal (haram) bagi wanita yang beriman dengan Allah Subhanahu wata’ala dan rasulNya untuk berkabung ke atas jenazah selama lebih dari tiga hari kecuali bagi suaminya”.

(Hadits riwayat Muslim)

Manakala perempuan yang beriddah kerana talak raj‘ie, para ulama’ sepakat bahawa perempuan ini tidak diwajibkan ke atasnya berkabung, kerana dia masih boleh dirujuk oleh suami. Malah ada ulama yang mengatakan adalah lebih (awla) utama baginya berhias-hias untuk menarik perhatian muthalliq (bekas suaminya) supaya merujuknya kembali. Tetapi Abu Thaur pula meriwayatkan daripada salah satu pendapat Imam As-Syafi‘ieRahimahullah bahawa sunat (mustahab) ke atasnya berkabung.

Perempuan yang di dalam tempoh iddah talak bain bainunah shugra (talak yang tidak boleh dirujuk oleh bekas suaminya kecuali dengan nikah dan mahar yang baharu) atau yang di dalamiddah talak bain bainunah kubra (talak yang tidak boleh dirujuk kecuali setelah bekas isterinya dinikahi dan diceraikan oleh suaminya yang baharu dengan syarat-syarat yang tertentu juga dengan nikah dan mahar yang baharu), maka bagi perempuan ini menurut Imam As Syafi‘ie dalam Qaul Jadid adalah tidak wajib ke atasnya berkabung kerana ianya beriddah kerana talak, sedangkan berkabung yang wajib itu ialah kerana kematian suami. Walau bagaimanapun adalah sunat hukumnya jika mereka berkabung.

Begitu juga bagi perempuan selain perempuan-perempuan yang dalam iddah kerana kematian suami atau ditalak adalah harus bagi mereka berkabung jika sekiranya terjadi kematian di antara kaum keluarganya seperti ayah atau abang dalam tempoh yang telah diharuskan oleh syara’ iaitu selama tiga hari atau kurang dan tidak boleh bahkan haram hukumnya jika melebihi tiga hari berdasarkan sabda Rasulullah Shallallhu ‘alaihi wasallamriwayat Muslim di atas.

Walau bagaimanapun suami berhak melarang si isteri yang ingin berkabung kerana kematian salah seorang dari kaum keluarga si isteri, kerana berhias itu adalah hak suami yang mesti ditunaikan, oleh yang demikian si isteri hendaklah terlebih dahulu meminta izin kepada suami sebelum melakukannya.

Dari penjelasan ulama di atas, berkabung bukan sahaja disebabkan oleh kematian suami bahkan juga boleh berlaku kerana perceraian (talak) mengikut sesetengah pendapat ulama.

Hikmat pensyariatan ihdad (berkabung)

Agama Islam melarang dan memerintahkan sesuatu itu ada dengan tujuan dan hikmatnya yang tertentu.

Adapun diantara hikmat Islam mensyariatkan berkabung (ihdad) ini secara umumnya adalah sebagai menzhahirkan rasa sedih terhadap kehilangan seseorang dengan cara yang terbatas dan terkawal, tidak seperti kelakuan orang-orang jahiliah apabila berlakunya kematian, mereka akan menangis dengan menjerit-jerit, menampar-nampar pipi serta mengoyak-ngoyakkan baju dan barbagai-bagai lagi perkara yang dilarang oleh syara‘.

Perbuatan-perbuatan seperti di atas adalah perbuatan orang jahiliah yang tidak sepatutnya kita lakukan sebagaimana yang telah digambarkan oleh Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallamdalam hadits Baginda yang maksudnya:

“Tidak termasuk golongan kami mana-mana orang yang memukul-mukul pipi, mengoyak-hgoyak baju dan berteriak-teriak seperti teriakan orang jahiliah”

(Hadis riwayat Al-Bukhari)

Perbuatan berhias atau bersolek boleh menarik perhatian lelaki bahkan boleh membuatkan lelaki tergoda. Oleh sebab itu perbuatan sedemikian ditegah oleh Islam bagi mengelak daripada berlakunya perkara yang buruk demi menjaga kesucian syariat Allah Subhanahu wa ta’ala. Berkabung adalah sebagai ganti diri suami yang telah tiada untuk megawal dan mengawas isterinya yang ditinggalkannya dalam tempoh waktu yang tertentu.

Bersambung

Hadis riwayat Ummu `Athiah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Haram(Tidak halal) bagi seorang wanita berkabung atas seorang mayat selama lebih dari tiga hari kecuali karena kematian suami, yaitu selama empat bulan sepuluh hari. Selama itu ia tidak boleh mengenakan pakaian yang dicelup kecuali pakaian yang sangat sederhana. Ia juga tidak boleh memakai celak mata dan juga tidak boleh memakai wewangian, kecuali hanya sedikit dari qusth (sejenis cendana yang digunakan untuk membuat asap yang wangi) atau azhfar (sejenis wewangian)
Hadis riwayat Ummu Habibah istri Nabi ra.:
Dari Zainab binti Abu Salamah ia berkata: Aku menemui Ummu habibah istri Nabi ketika ia ditinggal mati ayahnya yaitu Abu Sufyan. Ummu Habibahmeminta diambilkan minyak wangi yang bercampur dengan minyak wangi kuning atau lainnya. Kemudian ia mengoleskan kepada seorang budak wanita serta mengusapkan ke kedua pipinya seraya berkata: Demi Allah, sebenarnya aku tidak memerlukan wewangian ini. Hanya saja aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda dari atas mimbar: Tidak dihalalkan bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas seorang mayat lebih dari tiga hari, kecuali karena kematian suami, maka ia harus berkabung selama empat bulan sepuluh hari

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2730

Hadis riwayat Zainab binti Jahsy ra.:

Dari Zainab binti Abu Salamah ia berkata: Aku menemui Zainab binti Jahsysewaktu ia ditinggal mati saudara lelaki kandungnya, lalu ia meminta diambilkan wewangian dan mengoleskannya seraya berkata: Demi Allah, sebenarnya aku tidak perlu memakai wewangian ini. Namun aku pernah mendengar Rasulullah saw. bersabda dari atas mimbar: Tidak halal bagi seorang wanita yang beriman kepada Allah dan hari akhirat berkabung atas seorang mayat lebih dari tiga hari kecuali karena kematian suami, maka ia harus melakukannya selama empat bulan sepuluh hari

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2731

Hadis riwayat Ummu Salamah r. a ia berkata:
Seorang wanita datang menemui Rasulullah saw. dan bertanya: Wahai Rasulullah, putriku baru saja ditinggal mati suaminya lalu ia mengeluhkan matanya, apakah kami boleh memakaikannya sifat mata? Rasulullah saw. menjawab: Tidak (dua atau tiga kali). Lalu beliau bersabda: Ia harus berkabung selama empat bulan sepuluh hari. Dahulu kebiasaan wanita pada zaman jahiliah adalah melemparkan kotoran binatang di akhir tahun (untuk menandakan berakhirnya masa berkabung)

Nomor hadis dalam kitab Sahih Muslim [Bahasa Arab saja]: 2732


Hadis Ummu Atiyyah r.a:
Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tidak halal bagi seorang wanita berkabung di atas suatu kematian lebih dari tiga hari kecuali terhadap kematian suaminya sendiri, maka dia diharuskan berkabung selama empat bulan sepuluh hari.Dalam tempoh itu dia tidak boleh memakai pakaian yang berwarna-warni kecuali pakaian yang sederhana. Dia juga tidak dibenarkan memakai celak dan juga mengenakan wangi-wangian kecuali sedikit sahaja yang disapu untuk menghilangkan kesan darah haid.
WAllaua3lam
Wassalam
Hizamri

Nombor Hadith Dalam Sahih Muslim : 2739

No comments: