Saturday 23 April 2011

Gaji Isteri = Harta sepencarian???

Salam
Oleh
Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura
.....
Hak Isteri Setelah Perkahwinan
120. – (1) The following shall be deemed to be the property of a Muslim married woman:
(a) wages and earnings acquired or gained by her during marriage in any employment, occupation or trade carried on by her and not by her husband,
(b) any money or other property acquired by her during marriage through the exercise of any skill or by way of inheritance, legacy, gift, purchase or otherwise, and
(c) all savings from, and investments of, such wages, earnings and property.
Aritikel sepenuhnya di bawah ini
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
=======================================

RAHASIA WASIAT DAN FARAIDH

Rahmah Dan Keihsanan Di Dalam
Pembahagian Harta Pusaka Di Dalam Islam:

JOINT-TENANCY, CPF NOMINATION & INSURANCE
NOMINATION : PERSPEKTIF SYARIAH

Oleh
Pejabat Mufti
Majlis Ugama Islam Singapura

Pendahuluan: Konsep Harta dalam Islam
Wang, harta kekeayaan dan pendapatan merupakan rezeki yang Allah kurniakan kepada hamba-hambaNya. Masyarakat Islam digalakan agar mencari dan mengumpul harta dari sumber yang halal memandangkan dunia ia adalah kebun bagi menuai hasil untuk kehidupan yang sejahtera di akhirat. Firman Allah dalam Surah Al-Ankabut ayat 17 yang bermaksud: “Maka mintalah rezeki itu di sisi Allah.” Begitu juga, harta kekayaan yang digunakan mengikut landasan syara’ akan membawa keberkatan di dunia dan keselesaan di akhirat. “Dan jadikanlah sebahagian kekayaan dan kurnia yang Allah berikan kepadamu di jalan Allah dan amalan untuk kehidupan akhirat.” ( Surah al-Qashah : 77 )

Seperti juga rezeki-rezeki yang lain, harta kekayaan merupakan amanah yang mesti diuruskan dengan sebaik mungkin dan mengikut ketentuan syara’. Pemilik hakiki harta dan kekayaan adalah Allah swt. Harta yang diamanahkan akan di persoalkan tentang sumber, perbelanjaan serta penggunaannya. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam lagi yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi yang bermaksud : “ Sesungguhnya bagi setiap umat itu mempunyai ujian dan ujian bagi umatk adalah harta kekayaan.”

Sumber harta merupakan seperkara yang amat dititik-beratkan dalam Islam. Ia haruslah berasal dari sumber yang halal, samada harta itu merupakan pendapatan, simpanan mahu pun warisan. Segala sumber rezeki yang boleh merosakan harta, akal fikiran dan segala pemberian Allah kepada manusia adalah haram. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling dirundung penyesalan di hari kiamat ialah orang yang memperolehi harta dari sumber yang tidak halal lalu menyebabkanya masuk neraka.” (HR. Al-Bukhari)

Begitu juga cara kita membelanjakan wang tersebut. Islam melarang umatnya dari melakukan pembaziran. Cara hidup yang sederhana merupakan sesuatu yang ideal dalam Islam. Manusia mestilah menggunakan haknya sejajar dengan apa yang diperintahkan dan dibenarkan oleh syara’. Manusia tidak boleh mengunakan haknya yang boleh memudaratkan orang lain, individu atau kumpulan, sama ada memang bermaksud memudartkan ataupun tidak. Manusia tidak boleh membazir atau merosakan sesuatupun daripada hartanaya kerana perbuatan ini dilarang oleh syara’. Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Israa ayat 27 bermaksud: “ Sesungguhnya mereka yang membazir itu adalah saudara syaitan.”
Rahmah dan Ihsan di dalam Menguruskan Harta

Agama Islam terbina di atas dasar rahmah dan ihsan. Kedua nilai ini membentuk keperibadian Muslim dan diterjemahkan di dalam perwatakan serta sikap di dalam kehidupannya. Ia merentasi semua aspek kehidupan, termasuk di dalam menguruskan harta. Oleh yang demikian, Islam mensyariatkan perkongsian harta demi untuk menjaga masalah ahli keluarga yang lain, menerusi institusi faraidh, baitul mal dan sebagainya.

Di dalam membahagiakan harta, seseorang Muslim harus bersifat rahmah dan mempunyai belas ihsan yang berpatutan dengan ahli keluarga lain. Ini bermakna, ia harus memikirkan tentang implikasi apabila ia menuntut haknya dari faraidh contohnya. Adakah tuntutan sedemikian akan menyebabkan seseorang berada di dalam kesusahan kerana akan hilang keperluan asas, seperti tempat berteduh? Ini adalah di antara persoalan yang harus difikirkan terlebih dahulu.

Dengan harta, seseorang boleh mendekatkan dirinya kepada Allah melalui sedekah dan menolong mereka yang susah. Tanggungjawab seseorang terhadap hartanya juga mesti ditunaikan. Zakat, nafkah, sedekah mestilah diberikan kepada mereka yang berhak sebagaimana Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Az-zariyat ayat 19 yang maksudnya: “ Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).”

Malah, harta boleh dijadikan alat untuk menyerlahkan sifat keihsanan seseorang dan juga memperkukuh silaturrahim antara saudara mara. Imam Ibnu Abi Jamrah berkata: “ Silaturrahim itu boleh dengan harta, dengan memberikan keperluan mereka, dengan menola keburukan dari mereka, dengan wajah yang berseri-seri serta dengan do’a.”

Umat Islam telah disebut sebagai sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia dan Nabi kita telah diutus sebagai rahmat bagi seluruh alam. Oleh itu, kita mesti menggunakan segala sumber yang ada untuk menghidupkan visi tersebut. Ini termasuklah membelanjakan sebahagian daripada harta yang Allah kurniakan kepada kita untuk membantu mereka yang memerlukan, tanpa batasan agama, bangsa mahu pun Negara.

Tanpa berteraskan rahmah dan keihsanan di dalam mengurus harta, ia boleh membawa kepada perpecahan dan pergaduhan, terutama di kalangan ahli keluarga dalam masalah harta warisan. Maka sebagai orang Islam, kita berkewajipan menerima ketentuan Allah dalam harta peninggalan, termasuk wasiat dan faraidh. Adalah perlu ditekankan bahawa harta bukanlah milik kita selamanya. Pemilik harta yang hakiki hanyalah Allah s.w.t. dan ia harus ditadbir menurut ketentuanNya.

Hak dan Tanggungjawab di dalam Islam

Pemilikan harta di dalm Islam diiringi dengan konsep tanggungjawab. Konsep pemilihan harta dalam Islam ialah sebagai pemegang amanah bertanggungjawab mengurus dan mentadbir harta sebaik mungkin menurut syariat. Tanggungjawab ini termasuklah pentadbiran harta semasa hidup di dunia dan perancangan pentadbirannya selepas kematian iaitu dengan merancang pusaka.

Sememangnya setiap hokum yang ditentukan oleh Allah s.w.t mempunyai hikmahnya yang agung. Islam menggariskan tanggungjawab bagi setiap hak yang diberkian. Apabila seorang keuta diberi hak kuasa ke atas rakyatnya, beliau juga bertanggungjawab agar memerintah dengan adil dan sebaik mungkin. Apabila seseorang itu diberi ilmu oleh Allah s.w.t., beliau bertanggungjawab menyebarkan ilmu tersebut. Begitu juga dalam sebuah rumahtangga, setiap di antara suami dan isteri mempunyai hak dan tanggungjawab yang seimbang.

Allah s.w.t. telah meyatakan dalam Al-Quran bahawa lelaki mempunyai kelebihan (pengurusan) ke atas wanita , dengan syarat beliau memberinya nafkah dan menunkukan kepimpinan yang baik. FirmanNya dalam Surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud: “Kaun lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, dengan sebab Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” Ayat ini menjelaskan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka.” Ayat ini menjelaskan kepada kita dua perkara :

1) Kuasa yang di beri pihak lelaki tertakluk pada nafkah yang diwajibkan ke astas mereka. Jika beliau gagal memberi nafkah, maka secara otomatis kuasannya akan hilang.
2) Kaum lelaki bertanggungjawab memberi kepada kaum wanita yang di bawah tanggunggannya, dan tanggungjawab ini mesti dilaksanakan mengikut ketentuan syara’ sebagaimana sabda Rasullullah s.w.t. yang bermaksud: “ Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap orang daripada kamu akan ditanya tentang orang yang dipimpinnya.”

Anak lelaki berkewajipan menanggung dan memelihara ibu bapanya yang sudah tua. Apabila seorang anak lelaki diberikan dua bahagian dari harta peninggalan ibu atau bapanya, beliau berkewajipan menanggung adik-beradik perempuanya yang belum berumahtangga, beserta isteri dan anak-anaknya. Apabila seorang suami diberi suku daripada harta peninggalan isteri, dia mesti menanggung anak-anaknya yang masih kecil. Begitu juga ahli waris lelaki berkewajipan melunaskan hutang si mati berbanding dengan ahli waris perempuan.

Sebaliknya, wang dan harta seorang wanita adalah hak mutlak bagi dirinya dan beliau bebas menguruskan harta itu sendiri. Seorang anak perempuan tidak wajib menaggung abang atau adik lelakinya. Begitu juga seorang isteri tidak wajib menanggung anak-anak sesudah kematian suami, malahan tanggungjawab ini beralih kepada anak lelakinya yang sudah dewasa atau saudara lelaki arwah suaminya.

Dalam membicarakan pembahagian harta mengikut system faraidh, konsep amanah terhadap tanggungjawab ini perlu diperjelaskan mengikut syarak. Kurangnya kefahaman terhadap konsep-konsep tersebut menimbulkan konflik serta kekeliruan yang seterusnya akan menjejas silaturrahim dan masa depan sesebuah keluarga itu.

Dalam menentukan pentadbiran harta pusaka ini, Islam juga menghimpunkan konsep silaturrahim dan ihsan. Apabila seorang ayah meninggal dunia, ini tidak bermakna bahawa hubungan anak-anaknya dan keluarganya terputus. Sebaliknya, keluarganya berkewajipan meneruskan silaturrahim tersebut dengan menanggung anak-anak arwahnya yang masih kecil. Begitu juga adik-beradik yang telah kehilangan orang tua, disatukan di bawah meneguhkan ikatan kekeluargaan dan mengeratkan kerjasama dalam lingkungan keluarga secara turun temurun.

Begitu juga Islam menggalakan agar sebahagian daripada harta peninggalan itu disedekahkan sebagai amal jariah di atas nama si mati. Sabda Rasullullah s.w.t. “ Apabila seorang anak Adam itu meninggal dunia, akan terputuslah segala amalanya melainkan tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakanya.”

Aplikasi dalam konteks Singapura

Dalam konteks kehidupan Singapura pada masa ini, tanggungjawab menyara ibu bapa dan keluarga dikongsi sama oleh pihak lelaki dan wanita. Begitu juga keadaan keluarga nuclear ketika ini bermakna sesebuah keluarga tidak lagi bergantung kepada saudara-mara apabila berlaku kematian si pencari nafkah.

SENARIO:

Satu konflik yang sering berlaku sesuah kematian seseorang ialah ahli waris menuntut hak mereka dari faraidh tanpa sifat rahmah atau rasa tanggungjawab pada tanggungan simati. Mereka menggunakan hujah bahawa harta peninggalan merupakan hak mereka yang wajib dibahagikan mengikut faraidh.

Walaupun pembahagian harta pada hokum asalnya adalah mengikut hokum faraidh, tetapi sekiranya semua waris bersetuju untuk melepaskan hak mereka dan memberikanya pada suami, isteri atau anak-anak si mati yang lebih memerlukan, ia boleh dilakukan.

JOINT-TENANCY

Kebayankan rumah di Singapura pula dibeli di bawah skim joint-tenancy, iaitu suami dan isteri menjadi pemilik bersama rumah tersebut. Fatwa yang dikeluarkan oleh MUIS menyatakan bahwa rumah yang dibeli di bawah skim ini menjadi milik setiap di antara mereka secara sama rata, dengan setiap seorang memiliki 50% daripada rumah tersebut. Ini bermakna, apabila salah seorang daripada pemilik itu meninggal dunia, 50% daripada harga pasaran rumah tersebut menjadi harta peninggalan.

SENARIO;

Salah satu konflik yang sering berlaku adalah apabila si mati mempunyai isteri dan anak perempuan yang masih kecil. Apabila ada ahli waris dari kalangan bapa atau adik-beradik si mati, rumah itu sepatutnya dijual dan 50% daripada hasil penjualan diagihkan mengikut hokum faraidh. Ahli waris lelaki seterusnya harus menanggung kehidupan anak yatim dan balu yang ditinggalkan oleh si mati. Akan tetapi dalam kebayankan kes, ini tidak berlaku. Sebaliknya apabila mereka menerima bahagian masing-masing, mereka enggan memikul tanggungjawab terhadap anak itu yang menerima bahagian yang jauh lebih sedikit. Ada juga sebahagian daripada masyarakat kita yang tidak mempedulikan tentang nafkath asas seperti tempat tinggal anak yatim itu. Apabila rumah telah dijual dan harta dibahagikan menurut faraidh, adakah si anak ini mempunyai tempat untuk berteduh? Di manakah tanggungjawab dan sifat ihsan bapa-bapa saudara mereka?

HOME PROTECTION SCHEME

Ada sebahagian daripada kita yang menyertai Skim Perlindungan Rumah atau Home Protection Scheme dengan tujuan memberi keseluruhan rumah itu pada suami, isteri atau anak-anak apabila kita meninggal dunia. Namun perlu diingat bahawa nama yang dicalonkan dalam skim tersebut (nominee) hanya berfungsi sebagai pengamanah yang mesti menguruskan rumah itu mengikut ketentuan fatwa dan hukum faraidh.

Begitu juga halnya dengan pencalonan CPF atau CPF Nomination. Nama yang dicalonkan hanya bertindak sebagai pengamanah terhadap wang CPF itu dan wang itu harus diuruskan menurut cara pentadbiran harta warisan.

SENARIO;

Seorang bapa meninggal dunia dan meninggalkan wang CPF dan dua unit rumah sewa di Malaysia. Dia juga ada bernikah dengan seorang rakyat Singapura tetapi pernikahan itu berlaku di Golok. Isterinya ini juga berhak mendapat harta peninggalan berupa bahagian dari CPF dan hasil rumah sewa di Malaysia. Sekiranya wang CPF itu dinominasikan atas nama seseorang, maka nama tersebut hanyalah sebagai Pengamanah/Trustee sahaja. Dia hendaklah membahagikan wang tersebut mengikut hukum faraidh.

RUMUSAN;

Dengan ketentuan-ketentuan dan reality kehidupan sebegini, maka sewajarnya perlu seseorang Muslim mentadbir dan merancang harta terlebih dahulu sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku. Sememangnya kita ingin harta kita membawa keselesaan di dunia dan juga kesejahteraan di akhirat. Janganlah kerana harta yang ditinggalkan meyebabkan ahli waris bertelingkah dan berpecah-belah. Perancangan awal bagi harta sewajarnya dilakukan agar amanah yang diserahkan oleh Allah s.w.t. ini tidak mejadi hujah keatas kita di akhirat kelak. Kita perlu mengetahui instrument-intrument yang ada yang membolehkan kita memastikan kebajikan setiap ahli keluarga kita semasa hayat kita dan selepasnya. Pastikan juga bahawa hak Allah seperti zakat dan fidyah dilunaskan dan diberikan kepada meraka yang berhak.

Bagi ahli waris pula, ingatlat bahwa pada setiap hak itu ada tanggungjawabnya. Sekiranya kita rasa mampu untuk menjalankan amanah tersebut, sebaiknya kita bersifat ihsan dan memberikan harta tersebut kepada yang lebih memerlukan.

CONTOH-CONTOH KEMUSYKILAN

Soalan:
Bilakah hak waris bermula?

Jawapan
Hak waris bermula dari kepastian matinya orang yang mewariskan dan Setelah dilaksanakan semua hal-hal yang bersangkutan dengan harta itu, iaitu:

a) Hutang yang bersangkutan dengan harta pusaka misalnya zakat, fidyah, kaffarah dan lain-lainnya.
b) Perbelanjran mengurus jenazah secara berpatutan.
c) Membayar hutang-hutang si mati.
d) Wasiat yang tidak melebihi 1/3 dan bukan untuk waris.

Setelah dilaksanakan perkara yang disebutkan diatas, barulah harta itu menjadi pusaka yang boleh dibahagikan menurut hokum faraidh.

Untuk pastikan bahagian waris dengan tepat, seseorang itu perlulah mendapatkan Sijil Warisan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah Singapura.

Soalan:
Apabila si mati tidak mempunyai sebarang waris, bolehkah anak angkat menuntut seluruh harta peninggalan ayah angkatnya?

Jawapan:
Anak angkat tidak boleh mewarisi seluruh harta si mati. Ini memandangkan anak angkat tu bukanlah waris yang sah dari sudut hokum agama Islam. Namun demikian, sekiranya si mati ada meninggalan wasiat yang disaksikan oleh 2 orang saksi lelaki dewasa, maka hanya 1/3 bahagian sahaja yang boleh dituntutnya. Yang selainya mestilah diserahkan kepada Baitulmal yakni Muis sebagai amal jariah si mati dan digunakan untuk maslahat umum masyarakat Islam di Singapura.

Soalan:
Jika sesebuah rumah dimiliki oleh 2 penama (ibu & anak perempuan)yang mana keduanya tidak berpendapata dan bayaran bulanan dilakukan oleh suami kepada anak perempuan tersebut yang bukan warga Negara bagaimanakah pembahagian dibuat setelah kematian?

Jawapan
Memandangkan orang yang bukan warga Negara tidak dibolehkan membeli rumah HDB, tetapi dia telah menyumbangkan wangnya dalam rumah tersebut, maka beliau boleh mendapatkan wangnya semula bagi jumlah bayaran yang telah dibuatnya sekiranya rumah tersebut dijua nanti. Baki dari keuntungan tersebut baruah dibahagi mengikut hukum faraidh.

Soalan;
Suami saya telah meninggal dunia 4 tahun yang lalu, 3 anak lelaki dan 1 anak perempuan yang berumur14, 12, 9 dan 6 tahun ketika itu. Dia masih mempunyai ibu dan bapa, 5 saudara lelak dan 3 saudara perempuan. Saya tidak menfaraidhkan wang cpf dan insurancenya kerana saya fakir ia hak saya sebab dinominikan kepada saya. Jika difaraidhkan, siapakah yang berhak mendapat bahagian?

Jawapan:
Jawatankuasa Fatwa memutuskan bahawa Skim DPS (insuran) yang dikelolakan oleh pihak CPF ini ialah merupakan skim kooperatif bagi tujuan membantu antara ahli CPF. Ia hampir serupa dengan kumpulan khairat kematian. Oleh itu, hasilnya halal dan menjadi pusaka si pencarum.

Wang CPF merupakan harta pusaka si mati. Dalam Islam nama (nominee) yang diletakan oleh si mati adalah sebagai Pengamanah (trustee) dan bukan milik mutlak “nominee” tersebut.

Sebagai Pengamanah, seseorang itu wajib membahagikan wang tersebut kepada ahli waris mengikut hukum faraidh.

HARTA SEPENCARIAN

Hak Wanita Islam Singapura Yang Kurang Diketahui
Penyusun – Pasuni Maulan

Kehidupan berkeluarga adalah asas pembentukan masyarakat, suami isteri berkongsi hidup berperanan untuk menjana generasi seterusnya dalam suasana yang tenteram dan bermauafakat dalam semua perkara.

Firman Allah dalam surah Ar-Rum ayat 21 bermaksud:
“Dan dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tand bagi kaum yang berfikir”.

Hak Isteri Sebelum Perkahwinan

Setiap wanita diberikan hak untu memiliki harta sama ada ia hidup bersendirian atau telah mendirikan rumahtangga, harta tersebut berbentuk pusaka, hibah (pemberian), hasil usahanya sendiri atau sebagainya.

Pemilikan harta sebelum perkahwinan, hutang (jika ada) juga jelas dinyatakan dalam Akta Pentadbiran Hukum-Hukum Islam 1968.

Property at Marriage
119. – (1) All the property belonging to a woman on her marriage, whether movable or immovable and however acquired, shall after marriage to a Muslim husband continue, in the absence of special written contract to the contrary, to be her own property.
(2) She may dispose of the same by deed or otherwise, with or without the concurrence of her husband.

Antenuptial Debt
123. A Muslim husband shall not by reason only of his marriage be liable for the debt of his wife contracted before marriage, but the wife shall be liable to be sued for and shall to the extent of her own property be liable to satisfy such debt as if she were unmarried.

Household property
125. When a Muslim husband and his wife or wives live together in the same house the household goods, vehicles and household property of every description of the husband and wife or wives, except the paraphernalia of the wife or wives, shall be held prima facie to belong to the husband in any question between the husband and his creditors.

Pertanggungjawaban
Islam menetapkan seorang suami wajib memberikan nafkan kepada isterinya mengikut kemampuannya, selama isteri tersebut tidak nusyuz.

Firman Allah ayat 6 surah At-Talaq bermaksud:
“Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut kemampuan mu dan janganlah kamu menyusahkan mereka untuk menyempitkan hati mereka.”

Ayat 7 dari surah yang sama bermaksud:
“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah mengikut kemampuannya. Dan orang yang disempitkan nafkahnya hendaklah memberi nafkah dari harta yang diberi Allah kepadanya”.
Sama ada isteri berkerja atau sebaliknya, ia tidak menjejaskan statusnya sebagai penerima nafkah.

Hak Isteri Setelah Perkahwinan
120. – (1) The following shall be deemed to be the property of a Muslim married woman:
(a) wages and earnings acquired or gained by her during marriage in any employment, occupation or trade carried on by her and not by her husband,
(b) any money or other property acquired by her during marriage through the exercise of any skill or by way of inheritance, legacy, gift, purchase or otherwise, and
(c) all savings from, and investments of, such wages, earnings and property.

(2) Her receipt alone shall be a good discharge for such wages, earnings and property.

(3) She may dispose of the same by deed or otherwise and without theconcurrance of her husband.

(4) Nothing in this section shall annual or abridge the liability of a Muslim husband for debts contracted by his wife’s agency, express or implied.

(5) Such liability shall be measured according to the law for the time being in force in Singapore.

Tidak semua rumahtangga yang berjaya, kerana lumrah manusia yang sering tidak puas atau kerana kelemahan mereka hingga gagal meneruskan kehidupan berkeluarga.

Pendapatan selepas perceraian

Isteri diperuntukkan perkara berikut

i Nafkah eddah
ii Sagu hati perceraian
iii Harta Sepencarian

Harta Sepencarian

Definasi harta sepencarian tidak dinyatakan dengan jelas dalam Akta Pentadbiran Hukum-Hukum Islam, hanya ia dikaitkan dengan adat kebiasaan yang diterima pakai dalam masyarakat yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

AMLA seksyen 35 menyatakan bahawa Mahkamah Syariah boleh mengambil kira Adat Melayu semasa membuat keputusan.

(3) In all question regarding betrothal, marriage, dissolution of marriage, including talak, cerai taklik, khuluk and fasakh, nullity of marriage or judicial separation, the appointment of hakam, the disposition or division of property on divorce or nullification of marriage, the payment of emas kahwin and consolatory gifts or mutaah and the payment of maintenance on divorce, the rule of decision where the parties are Muslims or were married under the provisions of the Muslim law shall, subject to the provisions of this Act, be the Muslim law, as varied where applicable by Malay custom.

Difinasi harta sepencarian ini jelas dinyatakan dalam enakmen undang-undang di beberapa negeri di Malaysia.

Seksyen 2, Enekmen Undang-undang Keluarga Islam 1985 (Terengganu):

Harta sepencarian ertinya harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan hukum syarak.

Seksyen 2, Enekmen Undang-Undang Keluarga Islam 1984 (Selangor):

Harta sepencarian ertinya pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha bersama diantara suami dan isteri dan termasuklah pendapatan yang didapati daripada modal yang didapati daripada usaha mereka bersama.

Hujah Tentang Harta Sepencarian

Untuk menentukan harta sepencarian bukanlah satu perkara yang mudah kerana ia tidak dijelaskan dengan terperinci khususnya jika pasangan yang bercerai itu tidak mencapai kata sepakat, atau dalam menentukan bahagian harta pusaka akibat kematian suami atau isteri.

Kertas ini hanya menerangkan beberapa dalil dalam menentukan harta sepencarian.

Mengikut pendapat Syed Sabiq dalam kitab Fiqh Sunnah menerangkan “Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap suami dengan cara yang sepatutnya yakni sebagaimana seorang isteri bertanggungjawab terhadap suami yang wajib dilaksanakan dengan cara yang wajib dilaksanakan dengan cara yang baik.
Diwaktu yang sama, suami itu mempunyai satu darjat kelebihan atas isterinya kerana suami yang berkuasa mengawalnya dan memberi nafkah seperti tersebut dalam surah (Al-Baqarah ayat 228) memberi hak kepada perempuan sama dengan lelaki.

Seterusnya Syed Sabiq menjelaskan
“Dasar yang ditetapkan Islam dalam mengatur dan mengurus kehidupan suami isteri adalah merupakan satu dasar yag sesuai dengan fitrah dan tabiat semula jadi manusia itu sendiri maka yang lelaki lebih menumpukan kepada pekerjaan dan perushaan diluar rumah, manakala perempuan lebih layak menjalankan pekerjaan di dalam rumah sperti mengurus rumahtangga, medidik anak-anak, meyediakan segala kemudahan bagi menjadikan suasana dalam rumah tenang dan tenterm, maka sebab itu di tugaskan kepada lelaki kerja yang sesuai baginya, begitu juga ditugaskan kepada perempuan dan dengan itu barulah rumahtangga berjalan dengan baik di dalam dan di luar rumah tanpa menjejas mana-mana pihak.”
Dalam buku tersebut Syed Sabiq membawa contoh tentang penetapan tugas diantar Saidina Ali dan Fatimah dalam urusan rumahtangga.

Didalam kitab I’anah Attablibin jilid 4 muka surat 76 ada menyatakan yang maksudnya:
Adapun perkara-perkara yang tidak khusus kepada isteri melakukannya seperti memasak makanan suami dan mencuci pakai suami, maka tidak lah menjadi kewajipan terhadap isteri mahupun orang gaji bagi isteri, tetapi kewajipan tersebut menjadi tugas suami membayar upah dan sebagainya.

Pengiktirafan adat sebagai sumber perundangan Islam telah dijelaskan melalui kaedah-kaedah seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Nujaim dan As-Sayuti dalam kitabnya Al-Asybah wa Al-Nazair. Mereka berpendapat bahawa “Adat resam rsesuatu bangsa atau kaum yang tidak bertentangan dengan Islam adalah boleh diterima pakai sebagai sebahagian daripada peraturan hidup dan perundangan bagi sesebuah Negara”.
Ini amat bersesuaian dengan hadith Qudsi yang bermaksud “Apa-apa yang dilihat buruk oleh orang Islam maka demikian juga disisi Allah Taala”.

Dalam kaedah Fiqh atau Qawaid Fiqhiyah ia dikanali dengan “Al-Adat Muhakkamah”. Adat yang juga dikanali dengan urf menurut jumhur fugahak telah ditakrifkan sebagai “sesuatu yang telah menjadi kebiasaan bagi manusia dan mematuhinya dalam urusan kehidupan harian sehingga sebati dengan mereka dan menjadi satu perkara yang lumrah, samada urf itu qauli atau amali, am atau khas, sahih atau fasid”. Ini ditakrifkan oleh Abdl Karim Zaidan dalam kitab Al-Wajir Fi Usul Fiqh muka surat 252 dan kitab Al-Qawaid Al-Fiqhiah oleh Haji Mohad Soleh binHaji Ahmad Omar. Muka surat 622 (Pustaka Haji Abdul Majid).

Jadi berdasarkan pemakaian hukum yang diterima dalam perundangan Islam adalah wajar jika harta sepencarian juga termasuk dalam kategori undang-undang Islam, hanya cara harta itu diterapkan melalui adat Melayu dan tidak melalui sumber perundangan Islam yang utama.

Perlaksanaan di Mahkahmah Syariah Malaysia

Harta sepencarian telah diterima pakai dalam perbicaraan di Mahkahmah Syariah di Malaysia.
Kadi Besar Pulau Pinang, Haji Harussani Haji Zakaria ketika mengendalikan kes Noor Bee lwn Ahmad Shanusi menjelaskan:

“Harta sepencarian diluluskan oleh syarak atas dasar hikmah dan perkongsian hidup. Isteri mengurus dan mengawal rumahtangga, suami keluar mencari nafkah”

Sheikh Ghazali Bin Abdul Rahman, Hakim Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, dalam kes Kalthom Binte Abdul Wahid lwn Nordin Bin Othman menjelaskan:

“Kes harta sepencarian yang telah diputuskan di Mahkamah Syariah di Malaysia dibuat berdasarkan kepada pendapat-pendapat ulama dan urf bagi Negeri ini”.

Bidang Kuasa Mahkamah Syariah Singapura

52. – (1) The Court shall have power to inquire into and adjudicate upon claims by married women or women who have been divorced for payment of her emas kahwin.
(2) A woman who has been divorced by her husband may apply to the Court for a consolatory gift or mutaah and the Court may after hearing the parties order payment of such sum as may be just and in accordance with the Muslim law.
(3) The Court may, at any stage of the proceedings for divorce or nullity of marriage or after making a decree or order for divorce or nullity of marriage, or after any divorce has been registered whether before or after 1st August 1999 under section 102, on the application of any party, make such orders as it thinks fit with respect to-
(a) the payment of emas kahwin to the wife:
(b) the payment of a consolatory gift or mutaah to the wife;
(c) the custody, maintenance and education of the minor children of the parties, and
(d) the disposition or division of property on divorce or nullification of marriage.

Contoh Kes di Singapura

Kes Pembahagian Harta Sepencarian yang diputuskan Mahkamah Syariah Singapura dan Rayuan yang dikemukakan terhadapnya di Lembaga Rayuan.
Kes Rayuan no 11 of 1995 (Asmah lwn Selamat). Asmah merayu agar diberikan
Nafkah eddah $1,500
Mut’ah dinaikan dari $34,900 ($4.00 sehari kepada $87,250 - $10.00 sehari)
Memohon diberikan sebahagian dari CPF suami yang akan dikeluarkan empat tahun lagi.
Meminta agar beliau juga diberikan hak keatas rumah yang didiami suami dan diserahkan hak milik kepadanya

Rayuan balas Selamat
Nafkah eddah tidak diberi kerana sejak cerai dilafazkan July 1992, nafkah terus diberikan sehinggalah keputusan perceraian mereka didaftar June 1995
Mut’ah keputusan tidak diubah
Asmah diberikan $24,894.78 atau 50% dari jumlah CPF Selamat (jumlah ini berdasarkan keseluruhan CPF semasa perceraian dan tidak menjadi panduan umum dalam semua kes rayuan)
Mengekalkan keputusan Mahkamah, setiap seorang akan menerima 50%.

Kes Rayuan 02/2000 (Khadijah lwn M Yusoff), Kes mereka telah diputuskan oleh hakim dan semasa keputusan dilakukan Asmah menghalalkan nafkah eddah dan Mut’ah.
Asmah merayu agar diberikan;
Nafkah eddah
Mut’ah
Hak penjagaan dua orang anak
Harta sepencarian (rumah di Singapura dan Johor serta CPF Respondent)

Rayuan Suami;
Penjagaan anak bersama

Keputusan Rayuan;
Menolak tuntutan nafkah eddah
Menolak tuntutan mut’ah
Menonak permohonan hak penjagaan anak bersama
Memberikan 35% rumah di Singapura
Memberikan 35% rumah di Johor
Memberi 35% wang CPF jika dikeluarkan

Contoh Kes di Malaysia

Rayuan (Wan Soo lwn Husin):
Menuntut lebih 1/3 harta di Taman Sri Kota Taiping dan tidak perlu membayar $5,000 seperti keputusan hakim
Menuntut lebih ¼ tanah pajakan di Asam Kumbang Taiping

Responden pula merayu;
Dikekalkan keputusan (1)
Mahu mengekalkan hak milik perkara (2)

Keputusan Rayuan:
Membatalkan 1/3 dan memberi ½ dan tidak membatalkan bayaran $5,000
Membatalkan ¼ dan dipinda kepada ½

Adakah harta sepencarian terbatas semasa perceraian

Harta sepencarian yang telah diterima berdasaskan kepada hukum Islam, wajar juga diguna pakai bila berlaku kematian suami atau isteri, hanya yang mungkin dipertikaikan ialah peratusan jumlah yang diperuntukan. Buat masa ini belum ada prosedur yang jelas, kerana itu ia perlu diperkemaskan terlebih dahulu agar dapat mengelakan sebarang masalah yang boleh menggugat kestabilan keluarga.

Dalam hal tersebut Akta Pentadbiran Hukum-hukum Islam menjelaskan.

Distribution of Muslim estate to be according to Muslim law

112. – (1) In the case of any Muslim person domiciled in Singapore dying intestate, the estate and effects shall be distributed according to the Muslim law as modified, where applicable, by Malay custom.

(2) This section shall apply in cases where a person dies partly intestate as well as in cases where he dies wholly intestate.

(3) In case of a Malay dying intestate, the court may make an order for the division of the harta sepencarian or jointly acquired property in such proportions as to the court seems fit.

Umumnya masyarakat Melayu/Islam tidak memberikan perhatian dalam soal tersebut dan penerangan mengenainya kurang didapati, sedang harta peninggalan atau terekah sering menjadi rebutan dan tengkarah.

Kesimpulan

Kefahaman yang jelas perlu dalam menentukan harta sepencarian dan pendidikan berterusan adalah diharapkan, ia bukan semata-mata untuk mendapatkan hak atau bahagian, yang lebih penting ialah membagkitkan kesedaran perceaian bukan shaja mengancam kestabilan masyarakat, anak-anak kehilangan contoh atau role model, memaksa menyesuaikan dengan keadaan yang baru, malah akan mejejas teruk perancangan kewangan di usia senja. Sedang usia senja itu masa paling sesuai untuk membuat persediaan bagi lebih membersihkan diri dan bukan untuk hidup baru.

Islam menetapkan bahwa hak disertakan dengan tanggungjawab, adalah tidak adil jika yang menuntut hak tidak bertanggungjawab. Setiap orang yang tidak bertanggungjawab tidak akan terlepas dari keadilan Allah.
BERSAMBUNG .....

No comments: