Wednesday 20 April 2011

Dr Azizan: 12 Rahsia Kekayaan & Kejayaan


Salam semua Alumni yang dikasihi,
"Demi MASA. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beriman dan yang beramal soleh.
Yang berpesan-pesan dengan KEBENARAN. Yang berpesan-pesan dengan KESABARAN". 
Al-Asr.

Apakah cabaran sepanjang zaman? Dari zaman Adam a.s sehinggalah hari ini? Ia adalah cabaran yang dihadapi oleh semua nabi dan rasul. Semua wali Allah swt. Semua yang ingin memilih untuk mencipta sesuatu yang baru samada untuk diri sendiri atau orang lain. Cabaran untuk mereka yang ingin HIDUP LUAR BIASA daripada orang lain yang biasa-biasa. Cabaran yang dihadapi oleh Samual Morse bila diberjaya mencipta telegraph, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Thomas A.Edison apabila beliau berjaya mencipta bulb lampu ketika zamannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Henry Ford ketika beliau menunjukkan kepada dunia kereta ciptaannya, cabaran yang sama yang dihadapi oleh Wilbur dan Orville Wright setelah berjaya mencipta "mesin terbang" (untuk manusia terbang) yang pertama di dunia. Gallileo dengan teori "bumi ini bulat serta bumi ini sebenarnya mengelilingi matahari", P.Ramlee dengan filem-filemnya yang lain daripada yang lain dizamannya ketika itu menerima banyak cemuhan.

Semuanya mendapat tantangan, dikatakan gila, difitnah, dihina, ada yang dibunuh! Kenapa? Hanya kerana mereka telah berjaya melakukan sesuatu atau mencipta sesuatu yang out-of-norm dan lebih kehadapan daripada orang-orang dizaman mereka! 

Hari ini ianya masih berlaku. Ianya masih berlaku. Orang yang ingin berubah kehidupan untuk menjadi lebih berjaya di dalam hidup mereka hari ini, ada yang dikatakan gila! Ada yang dikatakan "hilang akal". 

Orang yang telah penat hidup umpama "kais awal bulan untuk hidup sampai hujung bulan" bertahun-tahun lamanya dan tiba-tiba ingin merubah hidup yang sebegini serta mendapatkan ilmu kejayaan daripada mereka yang telah berjaya, tiba-tiba menjadi "PELIK". 

Usaha untuk memajukan bangsa dan umat Islam dengan memberikan ilmu, mentor dan sistem dikutuk dan difitnah dengan pelbagai cara. Sedangkan mereka tidak perasan, betapa anak bangsa kita hidup "bangsat" ditanah air sendiri. (Maksud bangsat=merempat). 

Jangan salahkan politik, jangan salahkan pemimpin, jangan salahkan parti mana-mana pun. Jangan salahkan bangsa lain, jangan salahkan ekonomi dunia, jangan salahkan mak bapak, jangan salahkan guru, jangan salahkan sesiapa pun termasuk jiran kita kerana....

Kuasa tindakan sememangnya ditangan kita. Jika kita mahu berjaya, tiada alasan untuk tidak bertindak. Jika kita mahu hidup biasa-biasa, kita hanya perlu terus bertindak biasa-biasa sahaja. 

Cabaran paling besar untuk berjaya adalah diri sendiri. Orang lain boleh cemuh kita, boleh hina kita, boleh kutuk kita, tetapi kuasa tindakan tetap ditangan kita.

Esok....Adalah harinya! Esok adalah permulaan kepada 3-hari program "Transformasi-Intensif Kekayaan & kejayaan". 12 Rahsia Kekayaan akan diberikan kepada anda yang hadir. 13 prinsip kekayaan & kejayaan akan dicurahkan. 5 mentor kekayaan & kejayaan akan memberikan anda ilmu untuk bangkit daripada hidup biasa-biasa. Anda akan belajar langkah demi langkah untuk keluar daripada masalah "kebocoran wang" serta menarik kekayaan & kejayaan di dalam hidup. Anda akan belajar lebih dalam tentang rahsia diri anda serta potensi diri anda.

Tiada jaminan anda akan berjaya melainkan anda komited untuk bertindak secara luar biasa. 

Selamat datang ke program "Transformasi 2011- Intensif Mentor Kekayaan & kejayaan" kepada anda yang datang daripada dalam dan luar Kuala Lumpur.

Semoga perjalanan dirahmati dan diberkati Allah swt untuk mendapatkan ilmu, mentor dan sistem untuk memperbaiki kehidupan.

Setiap langkah anda merupakan amalan dan ilmu yang anda akan pelajari mudah-mudahan mendapat keberkatan serta menjadi amalan soleh yang berterusan setelah anda tiada.

FOKUS. FOKUS. FOKUS dengan lafaz Bismillah....

Jumpa nanti.

Dr.Azizan Osman
Jurulatih Kejayaan #1 Malaysia

-----------------------------
Pakar perunding motivasi potensi diri & strategi pemasaran & pengiklanan,  
kolumnis Majalah Jutawan & Sukses dan pernah menjadi cover page Malajah Jutawan & Sukses
Penulis buku
Certified DISC Profile Analyst
Certified NS-NLP Prac & Hypnosis (ISNS, USA)
Certified LifeSuccess Coach - Bob Proctor's program wordwide
Trained over 80,000 people in less than 3 years in Malaysia.

No comments: