Monday 30 December 2013

Menghina dan memfitnah seseorang yang TIDAK kita sukai itu hanya menyebabkan kita semakin HAMPIR ke neraka

Ustaz Dr Zaharuddin Abd 
Tiada gunanya mencerca, menghina dan memfitnah seseorang yang TIDAK kita sukai. Itu hanya menyebabkan kita semakin HAMPIR ke neraka. Yang dihentam pula bakal 'menyedut' amal baik kita di akhirat kelak. 

Sebaiknya, nasihati dia secara tertutup terlebih dahulu dan kemudian jika dia membawa mudarat kepada awam, dibenarkan memaklumkan apa yang benar kepada awam namun mestilah secara matang, tenang tanpa sebarang cacian, makian. 

SEDARILAH Caci maki tiada membawa keamanan kecuali menaikkan ammarah manusia lain dan mencipta persekitaran negatif dan negatif. 

Nabi saw bersabda : ( إني لم أبعث لعانا و إنما بعثت رحمة) Ertinya "tidaklah aku dibangkitkan sebagai orang yang banyak melaknati (mencaci maki orang lain), sesungguhnya aku dibangkitkan sebagai rahmat" ( Riwayat Muslim)

No comments: