Saturday 12 November 2011

~~~Ibu berniat bunuh bayi~~~



NILAI: Apa dosa bayi ini apabila dimasukkan dalam beg plastik yang kemudian diikat kuat dengan baju 
sebelum dibuang dalam tong sampah di Pangsapuri Taman Desa Jati, di sini.

Namun, umurnya panjang apabila tangisannya didengari seorang wanita berusia 40-an yang lalu di kawasan 
terbabit dan menyelamatkan bayi yang baru dilahirkan itu.

Susulan penemuan jam 7.30 malam kelmarin yang diketuai Inspektor Floral Godrey Bedimus Johniu itu, 
seorang wanita warga asing yang bekerja di sebuah kilang berhampiran ditahan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata bayi seberat 2.5 kilogram 
itu dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan dilaporkan dalam keadaan baik.


“Hasil siasatan awal kami percaya suspek mahu bayi berkenaan mati berdasarkan caranya mengikat plastik 
dengan pakaian seperti mahu bayi itu lemas.

“Kami turut menjumpai pakaian seragam sebuah kilang bersama beberapa pakaian wanita dan pakaian itu 
membawa kepada penemuan wanita warga asing terbabit,” katanya.

No comments: