Sunday 19 June 2011

~~~Terapi Minda~~~



Janganlah menganggap rendah, kecil atau hina kepada
sesiapapun, baik ia masih hidup atau telah mati. Sebab
dengan  bersikap  demikian, anda   pasti  akan  binasa.
Tentu anda  tidak dapat mengetahui apakah dirimu itu
benar-benar lebih mulia atau lebih berharga daripada
orang itu. Sekali pun orang itu kelihatan seperti seorang
fasik, mungkin juga anda sendiri pada akhir penghidupan
mu nanti akan menjadi seperti keadaan orang itu atau 
pun menjadi orang yang soleh.

Janganlah menilai seseorang itu semata-mata berpandu-
kan harta atau keduniaan yang dimiliki olehnya. Orang
yang begini hanya akan bangga menghormati orang lain
sebab keduniaannya sahaja. Ingatlah bahawa dunia ini
kecil sahaja. Kecil di sisi Allah swt, kecil pula di sisi 

orang yang taat.
-- 

No comments: