Saturday 21 May 2011

3 Buku Pilihan Bulan Ini dari StormReaders!


3 Buku pilihan bulan ini dari StormReaders!

    
JIN: Hakikat & Pengubatan

Penulis    : Dato' Haji Ismail Kamus
HARGA:  RM34.90

Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekitar kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri.

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan oleh jin. Begitu juga masalah histeria dan kerasukan yang sering terjadi pada kaum wanita dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut.

Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejala yang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita? Apa pula senjata pertahanan kita untuk berhadapan dengan mereka? Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang jin yang dipapar-kan dalam buku Jin: Hakikat dan Pengubatan ini.

Tentang Cinta
Penulis:      Pahrol Mohd Juoi
HARGA:   RM25.90
 
TENTANG CINTA membawa tafsiran dan persepsi baru mengenai topik yang paling menarik minat para remaja sejak zaman-berzaman. Ia akan menjawab persoalan: Apa sebenarnya yang dikatakan cinta?, Siapa yang patut dicintai?, Bagaimana kita harus bercinta? Cinta bagaimana yang ada 'class'? Buat para remaja....Selamilah TENTANG CINTA kerana di situlah indahnya kehidupan. Dan bagi yang pernah frust bercinta, buku ini menawarkan ubatnya!

"Rujukan wajib buat remaja, ibubapa atau sesiapa juga yang ingin memahami realiti cinta berteraskan Islam." - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya
 
Penulis:      Ust Mohd Nidzam Abd Kadir
HARGA:   RM16.90
 
Ibadah solattang terus daripada Allah S.W.T. Ia menjadi modul, teknik, rasional dan peraturan yang lengkap. Orang dewasa khususnya tentu malu untuk bertanya apa yang mereka tidak tahu atau ragu-ragu tentang solat kerana mungkin soalan itu dipandang remeh oleh kebanyakan orang. Maka buku ini disusun untuk memberi jawapan. Anda boleh membelinya dan senyap-senyap baca untuk melengkapkan ilmu pengetahuan anda tentang solat!
 




Mulakan perniagaan menjual buku-buku agama, motivasi, ilmiah dan novel  dari rumah! Sertai sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U, dan anda juga akan mempunyai e-store anda sendiri untuk menjana pendapatan tambahan melalui Internet.
 
Kini, ramai yang telah berjaya memperolehi pendapatan tambahan setiap minggu sebagai Rakan Pengedar StormReaders2U.  StormReaders adalah perniagaan berangkaian 100% menurut syariah. Adakah anda berminat? Klik di sini untuk ketahui maklumat lanjut bagaimana ANDA JUGA boleh menambahkan pendapatan daripada rumah atau hubungi saya Zainab di talian 019-2213221 atau email ke zainab.abdullah@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

69A Second Floor, Jalan SS 21/37, SS21 Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya

No comments: