Monday 18 April 2011

SOALAN LAZIM > MEMOHON PINJAMAN > KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN




KELAYAKAN PERMOHONAN PINJAMAN
 
Soalan:
Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan jika telah berkhidmat sekurang-kurangnya satu tahun tetapi belum disahkan dalam jawatan ATAU jika telah disahkan dalam jawatan tetapi belum mendapat surat pengesahan secara rasmi?
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Apakah perbezaan diantara skim pinjaman perumahan SPPP dengan SPPI ?
 
Jawapan:
i. Skim Pinjaman Perumahan SPPP adalah skim pinjaman secara konvensional.
 
 
ii.Skim Pembiayaan Perumahan SPPI menggunakan konsep ’Al-Bai’ Bithaman Ajil (akad jual beli).
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya membeli rumah kedai ?
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai ciri-ciri kediaman seperti bilik tidur, dapur, ruang tamu dan bilik air.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli petak rumah kediaman (pangsapuri) yang telah siap daripada seorang Individu jika Hakmilik Strata masih belum dikeluarkan atau jika Hakmilik Strata telah dikeluarkan tetapi nama penjual masih belum didaftarkan sebagai pemilik berdaftar di dalam hakmilik tersebut.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan di bawah syarat pembelian harta sekunder.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju di atas tanah individu lain.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat penjanjian jualbeli rumah ditandatangani oleh 3 pihak iaitu tuan tanah,pembeli dan penjual/pemaju atau mengemukakan surat wakil kuasa daripada tuan tanah.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli rumah yang sudah siap (Jenis I) atau membeli tanah (Jenis IV) daripada adik saya.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya menggunakan kemudahan pinjaman perumahan Perbendaharaan untuk membeli tanah dan mendirikan rumah secara serentak.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Sekiranya tanah tersebut lebih dari 2 ekar dan pengunaan tanah tersebut adalah tanah pertanian bolehkah saya memohon pinjaman bersama dengan isteri.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan dengan syarat nama suami isteri ada dalam hakmilik.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman bersama membeli tanah pertanian kurang 2 ekar?
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Saya telah membeli sebidang tanah melalui pinjaman perumahan SPPP, Jenis IV. Bolehkan saya:
 
 
a)
Membina rumah dengan menggunakan pembiayaan Islam (SPPI).
 
 
b)
Membina rumah di atas tanah lain kepunyaan saya.
 
 
c)
Isteri saya membuat pinjaman untuk membina rumah di atas tanah tersebut.
 
 
d)
Memohon pinjaman perumahan kali kedua bagi membeli harta baru.
 
Jawapan
a)
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
b)
Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyelesaikan hutang pinjaman membeli tanah di mana pinjaman tersebut dikira sebagai pinjaman harta kedua.
 
 
c)
Boleh dipertimbangkan sekiranya nama isteri ada dalam hakmilik tersebut.
 
 
d)
Boleh dipertimbangkan dengan syarat perlu menyelesaikan hutang pinjaman tanah yang terdahulu.
 
 
 
Soalan:
Saya telah membeli rumah teres @ pangsapuri melalui pinjaman dari bank dan sekarang berhasrat menyelesaikan baki hutang pinjaman bank saya melalui pinjaman perumahan Perbendaharaan. Adakah saya layak memohon pinjaman jika:
 
 
a)
Hakmilik Individu/Strata belum dikeluarkan; dan
 
 
b)
Hakmilik Individu/Strata telah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik kepada nama saya & dicagar kepada bank.
 
Jawapan:
a)
Boleh dipertimbangkan sekiranya bayaran 100% telah dikeluarkan kepada pemaju.
 
 
b)
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Saya telah membeli rumah kos rendah dalam pembinaan dari pemaju. Bolehkah saya memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Apakah perbezaan di antara Pinjaman Jenis 1(Rumah Siap) dan Jenis 1 (Sekunder Strata/Individu) dan Jenis 1(Sekunder Assignment).
 
Jawapan:
Rumah siap Jenis 1 adalah rumah yang mempunyai hakmilik berdaftar atas nama penjual, sementara Sekunder Strata/Individu/Assignment, hakmilik masih atas nama pemaju.
 
 
 
Soalan:
Berapa lamakah proses kelulusan bagi membeli harta daripada penjual yang masih berhutang dengan Perbendaharaan Malaysia (Pembelian secara Kontra).
 
Jawapan:
Tempoh kelulusan adalah 5 hari bekerja.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah pemohon membuat pinjaman baru setelah membatalkan pinjaman yang telah diluluskan atas sebab masalah peribadi.
 
Jawapan:
i) Bagi pinjaman yang telah diluluskan tetapi Lampiran E masih belum dijawab,pemohon boleh membuat pinjaman baru.
 
 
ii) Bagi pinjaman yang telah diluluskan dan telah menjawab Lampiran E, pemohon boleh membuat pinjaman baru tetapi wang proses berganda dan tidak layak memohon pinjaman harta kedua/ubahsuai.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya memohon secara SPPI sekiranya harta tersebut telah dipindahmilik diatas dua nama dan hanya seorang sahaja yang membuat pinjaman (Jenis 5- Penyelesaian hutang bank).
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya memohon untuk membuat penilaian semula ke atas harta saya sekiranya saya telah menjawab Lampiran E.
 
Jawapan:
Tidak dapat dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya memohon pinjaman untuk membeli apartment termasuk parking lot.
 
Jawapan:
i) Boleh dipertimbangkan dengan syarat menyertakan 2 perjanjian yang berasingan sekiranya parking lot adalah berasingan.
 
 
ii) Sekiranya parking lot berada di bangunan yang sama tidak memerlukan 2 perjanjian.
 
 
 
Soalan:
Sekiranya saya tidak layak membuat pinjaman penuh ke atas rumah yang ingin dibeli, bolehkah saya membuat pinjaman bersama tunang saya untuk membeli harta tersebut.
 
Jawapan:
Pinjaman bersama hanya dibenarkan bagi suami dan isteri sahaja.
 
 
 
Soalan:
Bagaimanakah cara untuk saya membuat pinjaman bagi harta yang dibeli melalui pinjaman bank.
 
Jawapan:
Pinjaman Jenis 5, penyelesaian hutang bank/institusi kewangan.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya membeli tanah berstatus pertanian yang berkeluasan kurang daripada 1 ekar.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Saya telah disahkan jawatan sebagai N17, dan sekarang sebagai S27, bolehkah saya membuat permohonan pinjaman perumahan.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan sehingga disahkan dalam jawatan S27.
 
 
 
Soalan:
Bolehkah saya membeli tanah yang mana diatasnya ada rumah separuh kekal.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Saya akan berkahwin dan akan mendaftarkan perkahwinan, bolehkah saya membuat pinjaman bersama dengan bakal isteri.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Bapa saya seorang pesara yang masih membuat potongan pencen bulanan sehingga Mei 2010 ke atas pinjaman perumahan yang dibeli melalui BPP. Bolehkah saya seorang penjawat awam membeli harta tersebut untuk meringankan beban bapa saya.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Bapa saya membeli sebuah rumah melalui pinjaman bank, memandangkan rumah tersebut berhampiran dengan tempat kerja saya serta berdekatan dengan keluarga. Bolehkah saya membeli rumah tersebut melalui pinjaman dengan BPP.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Saya dan isteri adalah kakitangan kerajaan yang akan menamatkan tempoh perkhidmatan dalam sedikit masa lagi tetapi disebabkan ada pinjaman perumahan maka bolehkah saya menjual kepada anak perempuan tunggal saya yang sedang berkhidmat dengan kerajaan untuk beliau memiliki harta saya dan isteri sepenuhnya.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Berapakah tempoh bayaran balik pinjaman membeli tanah?
 
Jawapan:
30 tahun bagi pinjaman pertama dan 25 tahun bagi pinjaman kedua.
 
 
 
Soalan:
Saya telah diluluskan pinjaman membeli tanah dengan tujuan membina rumah pada 28 April 2007 selama 12 tahun. Bolehkah saya memohon untuk melanjutkan tempoh bayaran balik daripada 12 tahun kepada 30 tahun.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Sekiranya saya membuat pinjaman membeli tanah selama 30 tahun dan selepas 5 tahun saya membuat pinjaman untuk membina rumah atas tanah tersebut. Berapakah tempoh maksima pinjaman saya yang akan diluluskan.
 
Jawapan:
25 Tahun.
 
 
 
Soalan:
Saya berhasrat untuk membeli 1 lot tanah bagi tempoh pinjaman selama 15 tahun. Dalam tempoh tersebut saya ingin mendirikan rumah di atas lot tersebut.
 
 
a)
Adakah saya layak memohon melanjutkan tempoh bayaran balik ke atas tanah tersebut selama 30 tahun.
 
 
b)
Berapakah tempoh bayaran balik pinjaman rumah saya.
 
Jawapan:
a)
Tidak dapat dipertimbangkan.
 
 
b)
Tempoh bayaran balik rumah adalah berdasarkan baki tempoh pinjaman tanah (30 tahun ditolak tempoh pinjaman tanah yang telah digunakan).
 
 
 
Soalan:
Bagi pembelian Hartanah Lelongan Perbendaharaan, syarat menyatakan harta tersebut mesti mempunyai hakmilik individu/strata dan rumah atau petak kediaman telah siap 100%. Apakah dokumen-dokumen tambahan yang perlu dikemukakan untuk permohonan tersebut dan berapa lama dokumen yang lengkap perlu dikemukakan kepada BPP.
 
Jawapan:
Dokumen yang diperlukan adalah:
 
 
a)
Kontrak jualan daripada mahkamah/pejabat tanah atau surat pengesahan daripada pentadbir tanah yang mengesahkan pemohon berjaya dalam lelongan.
 
 
b)
Dalam tempoh 14 hari selepas lelongan berjaya.
 
 
 
Soalan:
Saya telah berjaya dalam lelongan rumah pinjaman Perbendaharaan. Apakah jenis pinjaman dan dokumen yang perlu saya kemukakan.
 
Jawapan:
Senarai semak dan dokumen mengikut Jenis 1.
 
 
 
Soalan:
Saya bercadang membeli sebuah rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan.
 
 
a)
Bolehkah saya memohon untuk membuat kerja-kerja tambahan.
 
 
b)
Berapakah jumlah pinjaman yang saya layak untuk kerja-kerja tambahan tersebut.
 
Jawapan:
a)
Boleh dipertimbangkan.
 
 
b)
RM 20,000.00.
 
 
 
Soalan:
Saya telah diluluskan pembelian rumah kos rendah yang masih dalam pembinaan. Bolehkah saya memohon pinjaman untuk kerja-kerja tambahan.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Tempoh bersara wajib saya masih berbaki 5 tahun, tetapi permohonan untuk bersara pilihan telah diluluskan. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman jika permohonan dikemukakan 10 bulan sebelum bersara pilihan.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Berapa lamakah tempoh yang diperlukan bagi saya mengemukakan borang permohonan pinjaman sebelum bersara.
 
Jawapan:
1 tahun sebelum tarikh bersara bagi yang memilih skim pencen dan 5 tahun bagi yang memilih skim KWSP.
 
 
 
Soalan:
Jika ansuran bulanan saya melebihi 60% daripada gaji hakiki tetapi gaji bersih dicampur dengan elaun-elaun lain masih dapat menampung potongan bulanan dan jika ditolak pinjaman perumahan masih berbaki serta tempoh bersara saya masih panjang iaitu lebih kurang 20 tahun. Adakah saya layak memohon pinjaman berdasarkan kelayakan gaji semasa saya.
 
Jawapan:
Tidak boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Saya adalah kakitangan kerajaan dan telah disahkan dalam perkhidmatan. Saya memilih skim pencen. Semasa saya hendak membuat pinjaman perumahan saya dapati jumlah keseluruhan potongan termasuk caruman KWSP dan bayaran balik pinjaman rumah adalah melebihi 64%. Sekiranya potongan EPF diberhentikan, jumlah keseluruhan termasuk bayaran rumah yang akan dipotong adalah 52%. Adakah saya layak untuk membuat pinjaman perumahan dimana caruman KWSP masih berjalan.
 
Jawapan:
Potongan bayaran balik pinjaman perumahan 60% adalah berdasarkan gaji hakiki semasa tanpa mengambil kira potongan lain. Walaubagaimanapun baki gaji bersih boleh menampung bayaran balik pinjaman.
 
 
 
Soalan:
Jika saya seorang sahaja yang ingin membeli sebuah rumah tetapi di dalam perjanjian jual beli dimasukkan nama isteri untuk jaminan dan kemudahan pinjaman beliau di masa akan datang. Bolehkan saya membuat Skim Pinjaman Secara Islam.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
 
 
 
Soalan:
Isteri saya bekerja dengan swasta dan secara bersama membeli sebuah rumah dalam Pembinaan. Isteri saya membuat pinjaman bank Secara Konvensional. Bolehkan saya memohon pinjaman perbendaharaan mengikut Skim Secara Islam.
 
Jawapan:
Boleh dipertimbangkan.
Tarikh Dikemaskini ( Rabu, 30 Mac 2011 14:05 )

No comments: